Agustus 07, 2007

"Hijau"

Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis. Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan #FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat. Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB.

Warna hijau melambangkan pergi untuk isyarat lampu, isyarat kereta api, dan isyarat kapal. Warna ini juga merupakan warna untuk papan tanda maklumat dan hala. Papan tanda untuk pintu kecemasan berwarna hijau di sebilangan negara, tetapi merah di negara yang lain.Pada Zaman Pertengahan, hijau melambangkan makhluk jahat atau hantu (termasuk naga Eropah, dan kekadang cinta).Di China kuno, warna hijau ialah lambang untuk Timur dan Kayu, salah satu daripada lima warna utama.Di pasaran saham Amerika Utara, warna hijau digunakan untuk melambangkan kenaikan harga saham. Bagaimanapun, di pasaran saham Asia Timur, warna hijau digunakan untuk lawannya, iaitu penurunan harga saham.Untuk gogal penglihatan malam, warna hijau digunakan untuk memaparkan imej tertonjol kerana mata manusia boleh membezakan kebanyakan jenis warna hijau.Dalam perlumbaan kereta, bendera hijau menandakan permulaan atau penyambungan semula perlumbaan.Warna hijau ialah warna tradisi untuk sains suci canon law.Disebabkan sifat penyamaran, warna hijau biasa dipergunakan untuk pakaian seragam lapangan bagi perkhidmatan tentera. Warna ini juga digunakan sebagai pakaian seragam untuk banyak angkatan tentera darat dan laut.Warna hijau ialah lambang untuk Ireland yang sering dirujuk sebagai "Pulau Batu Zamrud". Warna ini khususnya dikaitkan kepada tradisi republik dan nationalisme pada zaman moden, dan digunakan dalam maksud ini untuk bendera Republik Ireland, dengan keseimbangan dengan warna oren Protestan.Warna hijau juga bertindak sebagai lambang untuk bahasa Esperanto. Warna ini dikaitkan, khususnya, kepada bintang hijau dalam bendera Esperanto.

Thanks

Tidak ada komentar: